Senarai Blog Saya

Senarai Blog Saya

Senarai Blog Saya

Sabtu, 6 Februari 2016

Cara cara memikat hati wanita jual mahal (sombong)

Assalamualaikom..
Lama sudah sya tak tak menulis blog saya nie jadi hari nie saya akan menulis sebuah tajuk pasal nak pikat hati wanita yg jual mahal atau susah nak tackle ..

Macam mana nak pikat wanita yang di idamkan ..(jual mahal).
Sebenar nya wanita jual mahal nie adalah wanita yang kuat agama atau wanita yang pemalu ..
Kerana wanita jual mahal nie selalunya setia, jadi dari itu wanita yang jual mahal ini sangat susah bagi mereka untuk berkongsi kasih sayang kepada orang yang baru mau mengenali mereka..

Jual mahal bukan bermaksud sombong ..tetapi menjaga kehormatan diri mereka ..

01-jika lelaki meminaTi wanita yang jual mahal nie..haruslah bersabar kerana sifat sebenar wanita jual mahal nie ialah mereka ingin tau adakah lelaki yang minat mereka itu betul² menyukai mereka atau saja² untuk berkenal dan putus begitu saja..

02-lelaki haruslah memberitahu perasaan sebenar mereka kerana wanita jual mahal nie sangat suka lelaki yang jujur sama mereka..tapi jika diberitahu tetapi dya masih diamkan diri . kemungkinan dia malu atau memilih..(  HARAP SABAR LAH MENANGANI WANITA SEPERTI INI).

03- JANGAN BUAT WANITA ITU SEPERTI BARANG SEKEJAP KAMU MINAT LEPASTU KAMU DAH BUAT DIA JATUH CINTA..KAMU TINGGALKAN DYA BEGITU SAJA ..(AWAS INI BAHAYA KERANA JIKA WANITA INI DULU SUSAH UNTUK DITACKLE TAPI BILA DAH DAPAT KAMU BIAR BEGITU SAHAJA WANITA INI AKAN MEMBENCI LELAKI TERSEBUTSAMPAI BILA² DAN SUKAR MENERIMA CINTA LAGI).

04- wanita jual mahal nie cepat jatuh cinta kepada lelaki yang kelakar dan pandai mengambil hati mereka..ini kerana wanita jual mahal nie sebenarnya sangat memerlukan kasih sayang sepenuhnya dari lelaki tersebut..

05-jika ingin menambat hati wanita ini lelaki harus menegur mereka setiap kali bertemu agar wanita ini rasa masih diingati biarpun telah lama berpisah dengan lelaki yang meminati mereka tapi masih mengingati mereka..

06- jika ingin tau macam mana wanita seperti ini menyukai anda wanita ini akan senyum bila melihat wajah anda..kerana mereka sangat menyukai bertemu dengan lelaki tersebut..

07- cara yang berkesan untuk mengetahui bahawa wanita jual mahal nie suka kepada anda ..anda haruslah memberitahu perasaan anda secara peribadi kepada dia..tidak kira melalui apa pun yg penting jauh dari ramai orang. kerana wanita jual mahal ni sangat malu jika orang yang menyukai mereka memberitahu dikhalayak ramai dan mereka tidak akan menjawab perTANYAAN LELAKI TERSEBUT..tetapi mereka akan membalas jika secara peribadi dengan mereka iaitu dengan cara bersms ..

Sabtu, 30 Januari 2016

Tanda lelaki minat pada wanita

5 Bukti Si DIA cintakan Kita kerana Allah SWT !

Pepatah arab ada menyebut semua orang mengaku kekasih Laila tetapi Laila sendiri tidak mengakuinya. Ramai orang kerap kali terjatuh dalam perangkap cinta dan terpalit dengan noda dan fitnahnya apabila Si Dia, baik lelaki mahupun perempuan mengungkapkan kata-kata hikmat yang berbunyi “Aku cintakan diri-Mu kerana Allah !”
Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.

Jika kaca yang dipegang maka akan pecah kerana jatuh terhempas, jika kita sedang berdiri akan segera ingin mencari tempat duduk dan jika kita tengah duduk akan segera mahu berdiri dan mencari udara segar guna memaksa oksigen masuk ke dalam tubuh kerana sesak dan berat di dada sehingga menyukarkan pernafasan.

Jantung berdegup kencang dan tangan menjadi sejuk..

Itulah tanda-tanda awal virus cinta sudah mula berjangkit dan sedang menular ke dalam badan dan hanya akan dapat dilegakan dengan berdekatan dengan orang yang dicintai.

Lalu apa yang harus dilakukan ? Pasrah dan menerima cinta kerana ianya adalah kerana Allah seperti yang diucapkan atau berhenti dahulu dan meneliti ucapan tersebut benarkah ia cinta dari Allah atau merupakan salah satu dari jerangkap samar syaitan ?

Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)

Dalam Islam, kita disuruh memeriksa dan menilai apakah benar setiap sesuatu ucapan atau khabar yang disampaikan sebelum mengambil tindakan atau membuat keputusan. Hal ini disebut sebagai konsep “tabayun” atau bermaksud mencari penjelasan atau keterangan.

Hal ini amatlah penting agar kita tidak ditipu atau terjebak dengan perangkap Iblis yang sedang menanti di hujung jalan untuk memancing kita ke dalam neraka bersama-sama dengannya. Sebelum membuat keputusan apakah akan diserahkan tubuh badan, hati dan perasaan maka lebih baiklah dilakukan usaha memeriksa dan menyemak terlebih dahulu benarkah kalimah itu diucapkan iaitu:

Aku cinta kepada Mu kerana Allah SWT !

Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis yang lain, nabi salallahualaihiwassalam juga pernah bersabda : “Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya)

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi :

أحبك الله الذي أحببتني فيه

Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)

Hadis-hadis berkenaan cinta ini begitu banyak sebab Islam ialah agama yang menitik-beratkan persoalan kasih sayang dan kehormonian sesama Insan. Namun kita masih perlu menilai dan meneliti apakah cinta yang dihulurkan itu benar-benar madu dan rezeki daripada Allah SWT atau sebenarnya ialah racun dan umpan dari syaitan.

Bukti Cinta kerana Allah

Ada 5 bukti penting dan tanda utama yang dapat dikenal pada seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah SWT. Ini dapat dilihat dari hasil taddabur kita kepada ayat-ayat Al-Quran dan melalui penilaian kepada hadis-hadis nabawiyah.

Pertama :

1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah

Adalah mustahil seseorang itu berkata dia mencintai kita kerana Allah SWT tetapi dalam masa yang sama dia amat jauh dari jalan Allah dan seringkali melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

Cinta itu dibuktikan dengan perbuatan maka lelaki dan wanita yang mengatakan kepada anda.